MODUL PENGAJARAN TEKNIKAL
1.0 Organisasi dan Keselamatan Bengkel
1.1 Mengenal Pasti Struktur Organisasi Bengkel.
1.1.1 Menyatakan struktur organisasi bengkel berpandukan carta.
1.1.2 Menyediakan jadual tugas berpandukan struktur organisasi bengkel.
1.2 Mengenal Pasti Peraturan Dan Keselamatan Bengkel.
1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan am, diri, alatan dan bahan berpandukan carta.
1.2.2 Mengamalkan peraturan dan keselamatan ketika berada di dalam bengkel berpandukan peraturan keselamatan.
2.0 Asas Teknologi
2.1 Memasang Dan Membuka Kit Model Berfungsi.
2.1.1 Membaca dan memahami manual.
2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model seperti pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar muncung
tirus dan sepana hujung terbuka.
2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri.
2.1.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.
2.1.5 Menguji kefungsian kit model.
2.1.6 Membuka dan menyimpan komponen kit model.
3.0 Reka Bentuk
3.1 Mereka Bentuk Projek Eksperimental.
3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi.
3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah.
3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah.
3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental.
3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan bahan berdasarkan projek eksperimental.
3.1.6 Membina, menguji dan menambah baik projek eksperimental.
3.1.7 Membuat persembahan projek eksperimental secara lisan.
3.1.8 Mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek eksperimental sebagai dokumentasi projek.
4.0 Penghasilan Projek
4.1 Menghasilkan Projek Berasaskan Bahan Bukan Logam Dengan Litar Elektrik.
4.1.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual.
4.1.2 Menyatakan bahan bukan logam yang akan digunakan seperti kayu, papan lapis, medium- density fibreboard (MDF), plastik dan mounting board.
4.1.3 Membuat anggaran kos bahan dan komponen.
4.1.4 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu pita pengukur, pembaris keluli, sesiku L, pensel tukang kayu, gunting serba guna,
gergaji puting, gergaji rencong manual (manual mitre saw), apit G, gerudi mudah alih, gerimit, tukul Warrington, tukul kuku kambing, pemotong sisi dan pelucut wayar.
4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru, glu, bol dan nat.
4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan.
4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek.
4.1.8 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum.
4.1.9 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat sembur atau pelekat.
4.1.10 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektrik iaitu mentol, bateri dan suis.
4.1.11 Membuat penyambungan litar elektrik.
4.1.12 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual.
4.1.13 Membuat penyambungan litar elektrik pada projek.
4.1.14 Menguji kefungsian projek.
4.1.15 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.
MODUL PENGAJARAN SAINS RUMAH TANGGA
6.0 Sains Rumah Tangga
6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan.
6.1.1 Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya seperti beg pensel, sarung kusyen, kusyen mini dan penggantung surat.
6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit, kapur tukang jahit, peretas jahitan, jarum peniti dan
jarum jahit tangan.
6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang.
6.1.4 Mengenal pasti jenis mata jahitan tangan iaitu jahitan kia, jelujur kasar dan jelujur halus.
6.1.5 Memilih artikel jahitan berpandukan manual.
6.1.6 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan manual yang dipilih.
6.1.7 Menyusun atur pola, menggunting fabrik dan memindahkan tanda pola.
6.1.8 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan tangan.
6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan seperti butang, renda dan riben.
6.1.10 Memilih bahan hiasan mengikut artikel jahitan.
6.1.11 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan yang dipilih.
No comments:
Post a Comment