SUBJEK: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN
PENGENALAN
Struktur Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Organisasi
Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi
Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang
berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama
yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentukinsan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap
tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:
1.
Komunikasi
2.
Kerohanian,
Sikap dan Nilai
3.
Kemanusiaan
4.
Sains
dan Teknologi
5.
Perkembangan
Fizikal dan Estetika
REKA
BENTUK DAN TEKNOLOGI SEBAGAI MATA PELAJARAN
Pada Tahap
II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR.Mata
pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan
kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang
teknikal dan vokasional di peringkat menengah.
Kurikulum
Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid
sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam
bidang Teknikal, TeknologiPertanian, Sains Rumah Tangga dan elemen merentas
seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas
Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini.
MATLAMAT
Kurikulum Standard RBT adalah untuk
membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas kemahiran praktis, berkemahiran
mereka bentuk dan mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan
mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kritis, kreatif
dan inovatif.
OBJEKTIF
Murid
yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard RBT berkebolehan:
5.1
Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan
kerja yang selamat
5.2
Menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk
5.3 Mengetahui teknologi dalam bidang teknikal, teknologi pertanian
dan sains rumahtangga
5.4
Berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin dan perisian
serta menggunakannya dengan teknik yang betul dan beretika
5.5 Melakukan kerja-buat-sendiri dan penyelenggaraan mudah
bagi peralatan dan perkakasan
5.6
Menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya
usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk berkualiti
5.7
Menggunakan TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan.
5.8
Berkemahiran menjana idea untuk menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment