Nuffnang ads

Wednesday, 26 November 2014

SUBJEK: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN

PENGENALAN

Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentukinsan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:
1.    Komunikasi
2.    Kerohanian, Sikap dan Nilai
3.    Kemanusiaan
4.    Sains dan Teknologi
5.    Perkembangan Fizikal dan Estetika
6.    Keterampilan Diri




REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SEBAGAI MATA PELAJARAN

Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR.Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal, TeknologiPertanian, Sains Rumah Tangga dan elemen merentas seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini.

MATLAMAT

Kurikulum Standard RBT adalah untuk membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kritis, kreatif dan inovatif. 


Menara Lampu Bersinar

Jahitan Bantal Comel

OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard RBT berkebolehan:
5.1     Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat
5.2     Menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk
5.3 Mengetahui teknologi dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumahtangga
5.4     Berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin dan perisian serta menggunakannya dengan teknik yang betul dan beretika
5.5  Melakukan kerja-buat-sendiri dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan perkakasan
5.6     Menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk berkualiti
5.7     Menggunakan TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan.
5.8     Berkemahiran menjana idea untuk menyelesaikan masalah.