Nuffnang ads

Tahun 5

MODUL PENGAJARAN TEKNIKAL

2.0       Asas Teknologi                                                                                             
2.2    Memasang Dan Membuka Kit Model Berfungsi Secara Elektromekanikal Berpandukan Manual.
2.2.1    Membaca dan memahami manual
2.2.2    Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.
2.2.3    Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, bateri, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.
2.2.4    Memasang komponen kit model berpandukan manual. 
2.2.5    Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.
2.2.6    Menguji kefungsian kit model.
2.2.7    Membuka dan menyimpan komponen kit model.

4.0    Penghasilan Projek
4.2    Menghasilkan Projek Menggunakan Bahan Logam Dan Bukan Logam Dengan Litar Elektronik.
4.2.1    Mengenal pasti projek berpandukan manual.        
4.2.2    Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink dan bahan bukan logam.
4.2.3    Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam, gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis, penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.
4.2.4    Menyediakan alatan dan bahan.           
4.2.5    Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek.
4.2.6    Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum.
4.2.7    Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu  cat licau atau syelek.
4.2.8    Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED), perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis.
4.2.9    Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual.
4.2.10  Membuat penyambungan litar elektronik pada projek.     
4.2.11  Menguji kefungsian projek. 
4.2.12  Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.
4.2.13  Pengiraan kos bahan.                                               

MODUL PENGAJARAN TEKNOLOGI PERTANIAN  

5.0    Teknologi Pertanian
5.1    Menanam Benih Dalam Bekas.                                                                 
5.1.1   Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti cukup matang,  bernas, berbentuk normal dan tidak diserang perosak.
5.1.2    Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram.
5.1.3    Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan dan penyiram.
5.1.4    Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran, peat most dan cocoa peat.
5.1.5    Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai.
5.1.6    Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
5.1.7    Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan kaedah yang betul.
5.1.8    Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal makhluk perosak.
5.1.9    Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai. 
5.1.10  Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut prosedur.
5.1.11  Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput, menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.

MODUL PENGAJARAN SAINS RUMAH TANGGA

6.0    Sains Rumah Tangga
6.2    Menyediakan Sajian                                                                                   
6.2.1    Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan betul.           
6.2.2    Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip, senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur dan oven elektrik.
6.2.3    Memilih menu sarapan atau minum petang.  
6.2.4    Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih.
6.2.5    Menyedia, memasak dan menghidang sajian.  
6.2.6    Membersih alatan dan ruang memasak.
6.2.7    Menyelenggara dan menyimpan alatan.
6.3       Meghias dan Membungkus Makanan
6.3.1    Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat urai, jem dan kelapa parut kering.
6.3.2    Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti bekas plastik dan kertas pembungkus.
6.3.3    Menyatakan maklumat pada label pembungkus makanan iaitu jenama, nama makanan, kandungan, tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh luput.
6.3.4    Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti, donut dan biskut.

No comments:

Post a Comment